Monday, November 22, 2010

KEMATIAN

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat…
Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.
yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.
Dan darahku membasahi jalan..
….
Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
“Mengucap sayang,,mengucap……..Asyhaduallailahaillallah.. …….” ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.
Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.
“Tenat”,jawab doktor dengan ringkas.
“Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha”.
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah…..
Abang!! Bukakan mataku!!
Tapi mataku…….semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. “Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.”Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayup kedengaran suara doktor.
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
Yassin…….”. Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.
Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
“Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut”.Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
“Panas,dahaga,haus,panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,”Nenek…………”.
Mari cu… ikut nenek..
“Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.
“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
” Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi…..”.
”Ayah…….kau datang ayah…….”.
“Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.
“Nenek….ibu…..ayah…….suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
“Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah…….”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.
Manusia-manusia berjubah hitam datang.”Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya”Mari ikut kami”.cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang .”Apa ini,apa ini?.
AKULAH SAKARATUL MAUT!!!
Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!
Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
“Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah…….”.Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun….
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. “Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya……”.
“Assalamualaikum……”. “Siapa yang memberi salam itu?”. “Aku”. “Kau siapa wahai pemuda???”. Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.
Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya……jijik,loya,aku rasa……..teramat loya melihatnya.

“Kau tak kenal aku?”. “Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini”. “Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari”. “Bohong!”.Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. “Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini”. “Akulah amalanmu yang keji……….”.
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????
“Tolong….sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu……malu…..malu……!!!!!!”.
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas….panas……..”.
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?
Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku’,sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
Kotak apa ini?”Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak”. “Al-Fatihah!”Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?”. Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”,aku terdengar suara tok imam memberitahu.”Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!”.Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
“Tanah apa ini?”. “Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah”.
“Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali”. Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.”Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar……..”.Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ……aku kini keseorangan.
“Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!

“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..

Walking2 dalam internet jumpa ini blog http://seutastasbih.blogspot.com i copy n paste dari sini la.TQ
Tetiba rasa kecilnya aku..nak belagak lg?Sooner Later sampai jugak masa kita nnt..cuma taktau bila..
sop sop!! sop!!...ingat rumah..huhuhu..homesick kot.. ~ke hg melawan mak hg ni?~

Pesanan untuk aku : klu nak buat sesuatu jgn tanguh2..masa kita semakin singkat..tgk!dh end of year dah,taktau bila end of world..klu nak berubah,xyah tgu2,klu rindu,kol ckp,mak i luv u,i need ur keredhaan..redha mak penting bw ke syurga..kenapa aku mudah alpa?huh!lalai..

Saturday, November 20, 2010

Anak PatunG KerTaS

Semasa zaman dahulu kala, dalam era awal 1990-an ar, mainan yg selalu yg aku main antara nya adalah Anak Patung Kertas...waktu tu aku dalam darjah 2,3 gitu lah..dulu2 dekat kedai runcit dia ada jual yg dah siap lukis sekali ngan baju2.kita just koyak jer..harga dia murah giler 20 sen je...baju yg suka sekali time tu baju skirt kembang2 ala cinderela..ah pakat dok pakaikan dekat patung kertas tu.siap ada topi,kasut la..x cukup ngan beli kat kedai,lukis sendiri plak tu..aku suruh mak aku lukis la..sbb anak patung kertas yg aku beli tu asyik tengkuk patah aje..ye la kertas..
tetiba semalam aku teringat,so aku tanya la Da, nak main anak patung kertas x?aku tanya tahu tak?tak...apa tu?mmmm bbdk skrg mana main benda2 mcm tu,main game kedai kek je..huh!So aku pun minta kertas keras,kaler,pensel..tp kaler missing in action plak..aritu aku nmpak kat sini,Da nmpk kat Situ,Man nmpak kat sinun..last2 kami guna pen ngan highligter je la..so acara nya seperti berikut:

Lakar dulu patung tu..tgk aku siap X kat leher lg..mmg dari dulu2..

siap dah gunting..
tekap,nak lukis baju plak..

siap baju kurung moden..kat bahu tu habuan nak tekap kat anak ptg tu..tgk bwh
Da tanya kasut mana...mmmm


tadaaaaaa....


original from Haziq...nak jugekkkk..huh!
hhahha..lawak la plak..eh bbdk zmn dolu2 mcm2 main..most of activiti outdoor la..itu sbb hitam sikit waktu kecik2..hahha..aku ada paksu(same age with me)..so menan bbdk laki pon aku main gak..antara yg aku ingat CAMPLOM..tembak2..guna biji buah apa ntah kale hijau..sakit oo kene badan..pastu p cari ikan KARIM..eh aku tak cari sgt,aku tgu depa bwk balik je..p cari kat longkang.longkang dulu ngn skrg lain..letak dlm botol kaca bagi depa lawan nnt ekoq depa kembang,colourful...pastu aku ingat lg,cari kaboi,eh kumbang kot..letak dalam tin,tutup..pastu dgr sapa paling kuat..tp aku geli ah nk pegang...errrr..pastu aku ingat lg tym aku p mengaji Quran kt kg ptg2..paksu aku kayuh GEREK TUA,ak tyr besaq,dia KERI aku ar..ada satu tym tu kaki aku masuk SPOG dlm tayar..perghh sakit tu...kuar gak la kaki aku,tp luka gak..p cari buah GETAH..main pecah2 kan buah getah tu..tp sakit ar tgn..mkn buah QERIAN DOT(mcm ne ntah nk eja,buah dia ak mcm anggur tu kaler hitam2 bila mkn lidah pun hitam,)...main TUJU TIN, ah main masak2..kadang2 advance kami mmg masak guna api btol..ambik pisang putik wat masak..tepung guna pasir,buat kek tu,bunga raya yg tak kembang lg buat ala2 cili,mcm2 lah main sampai tak hengat....mak aku mmg dok selalu turut aku balik..mkn pun x ingat..ah tp bila tym mkn,aku selalu BERKELAh bwh pokok ngn kwn2 msk2 aku..tym tgh ari la..bw la nasi yg mak kitaorg masak,mkn ramai2..tp bila dh besar xdak nya aku nak main...dh besar sikit dh takdok kg,pakat p kuar dok asrama..
sekian...KISAH KLASIK UTK MASA HADAPAN......

TeKA TeKi

  SilA GelaK takpuN Senyumm....

 kalau pandai sila jawab dalam bahasa arab.
-Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati.......
-Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat benang....
-Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta...

Answer:

-Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn. ....
 -Astagh'firullah' hal'azimm. ......
-Al'hamdulillah. ......

Buat Baik berpada-pada, Buat jahat .......... ????

Answer :

JANGAN LAGI....bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali..... Faham?! 

 kenapa Nobita dan Doremon tak datang Malaysia?
Sebab kat Malaysia ada Giant

Banyak2 mi,mi apa yg boleh makan ngan ais?
Milo ais

Macam mana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
ikan betina,ikan duyung.ikan jantan,ikan bakar lah,mana da pompuan nama BAKAR

banyak2 kotak,kotak apa xleh angkat?
kotak penalti ler..

3 kepala, 6 mata, 8 kaki?
koboi naik kuda bawak ayam.

masa dia hidup kita menyanyi,masa dia mati kita tepuk tangan.
lilin masa sambut EPI BESday.

kapal selam bergerak ke arah utara,asapnya bergerak ke arah mana?
kapal selam mana ada asap da...


kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
mesti la kena tebang,sapa nak cabut..gile apa..

apa perbezaan burung sama terbang?
burung boleh terbang,terbang xboleh burung..hahahahhaha


SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!


Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

hahaha almaklumlah cuti 5 ari tu..banyak betul masa..sudah makan daging byk mgu ni..sudah pening...

Friday, November 19, 2010

iPad,iPhone,iPod by Apple


iPhone..telefon pintar.baru2 ni apple telah kuarkan iphone 4.sebelum ni ada iphone 3G,3GS lah,kiranya iPhone4   the latest one lah..Ramai lah peminat gajet ni dok tunggu n ramai yg beratur panjang punya nak dapatkan phone nih..Ada 2 jenis satu yg 16GB & 32GB. Ada 2 camera,nak senang buat video calling rasanya.Harga bermula dari RM490 – RM1990. Aplikasi antaranya adalah Video(video format support mcm2 lah,,camera.document types pun mcm2..(.txt,.pdf,.pptx,.vcf,.xls,.jpg,.html). untung gak ni,xyah beli laptop.hahha..user interface dia skrin sentuh(multi touch skrin)..senang nyer..

iPad pula adalah macam computer la..bahasa comp. org panggil e-book reader atau table pc.kita boleh surf internet,nak bukak Facebook,dgr muzik,tulis nota ke, tgk filem, email..ciri2 dia mcm notebook gak la Cuma boleh masuk dalam poket.hahha..skrin besa9.7 inc ,LED lagi,n bateri leh tahan dalam 10 jam gitu..iPad guna Wi-Fi data connection ataupun 3G wireless utk browse internet atupun software..lebih kurang mcm tu lah..
iPod ni macam walkman lah..up sikit mp3,mp4..ah lebih kurang mcm tu lah..tp iPod canggih lg la..ada iPod Touch,iPod nano,iPod Shuffle..design pun menarik tertarik..wow..iPod ada yg colourful.tp kat bawah ni iPod touch..

nak cerita sikit sejarah Apple..hasil pembacaan di media massa n elektronik..Apple Computer Inc. sebuah kilang,eh bukan,perusahaan,mmm company produk elektronik & perisian yg base kat California yg ditubuhkan pada era 1970-an.Pastu tahun 2007 dia dah xpakai nama Computer tu,so tinggal Apple Inc. ja.Sesuai la,dia xnak dikenali dgn produk computer je sbb dia dh mmg mengeluarkan product elektronik consumer yg lain selain sofware,smart phone dll. Di kiranya syarikat Apple ni lah yg jadi perintis memperkenalkan computer.ah ni la gambo komputer pertama dari Apple
Steve Wozniak ni la yg menubuhkan Apple.dia ni sebelum ni adalah pakar dlm ubah suai alat elektronik ,kira mcm hacker la.1975 dia keja dgn Hewlett-Packard, HP la..dia ada kawan rapat nama Steve Jobs.depa ni kira dok bekerjasama n last2 berjaya pasang  n jual sebuah computer n lama2 diorg ni mengembangkan teknologi2 perkakasan,perisian pasal computer..nak tgk depa waktu zaman2 dulu..tadaaa
tapi tu pun depa ni ada pesaing.tahun 1980-an pesaing depa adalah IBM.Sebab ada model PC dari IBM ni guna DOS dari Microsoft dah dapat sambutan n era tu ofice2 dh byk pakai product dr IBM ni.ah ni gambo depa sekarang.depa ada lagi..


NOTA ANGIN:
Hardware(Perkakasan) : CPU,Monitor,Mouse,Printer,Keyboard,RAM,MotherBoard,
SoftWare (Perisian)     : Win98,WinMe,WinXP,
Sistem Operasi           : Linux,MS-DOS,
Programming Language (Bahasa Pengatucaraan) : C,C++,Java,PHP,Fortran,Visual Basic.

saje letak.i am interested gak bout ICT ni.dulu aku ada gak ambik satu subjek ni,Kimia Pengkomputeran.lg pun aku curious ngan benda teknolgi ni.cepatnya berkembang.maknanya org dalam sektor ni msti sentiasa advance n alert n future thinking.cth TV,mula kaler,pastu flat skrin la,LCD la,plasma la,3D la,nipis la,HD la,boleh tgk tv kat hset la,sytem audio mcm kt cinema la,tv dlm keta..nnt 10 thun akn dtg mcm na la plak bentuk tv tu..tu pun klu dunia masih kuat..tu dia..tok2 kita msti zmn dulu2 xtfikir leh canggih smpi camni,nak2 leh ckp smbil tgk muka kt fon..aku benda2 teknologi ni sampi xterikut,canggih sgt lah..nnt rajin story2 pasal hset plak..

Sumber:wikipedia

Thursday, November 18, 2010

Facebook @ Bukumuka

Paper KOSMO! Bertarikh kan 12 November 2010, menyatakan bahawa sebanyak 7.5 juta rakyat Malaysia adalah pemilik akaun Facebook..Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian social Facebook,Friendster dan Twitter yg tertinggi di dunia..Wow!!
Ekceli  Facebook tu awal2 nya hanya digunakan dalam University Havard saja.Facebook tu ditubuhkan oleh mahasiswa Havard sendiri iaitu Mark Zuckerberg pada tahun 2004..Mark ni umo sama ngan aku,dia dah jadi jutawan sbb facebook ni.syoknyer muda2 dah banyak duit..Si Mark ni mula2 bukak utk kwn2 dia kat havard tu je.si Mark ni ngan befren dia Dustin Moskovitz dgn serius lah mengembangkan Facebook nih.pastu dia up lg utk high skol kat US,sampai lah semo U sampailah sekarang ni dh global satu dunia..Investor pertama diorg adalah Peter Thiel dari Paypal.la ni Si mark ni dah ada ofis sendiri yg mana semo pekerja dia adalah anak2 muda..dah kayo budak ni..facebook ni social  networking yg percuma, patutlah ramai org suka. 

Kenapa sampai sekarang aku xda Facebook??!hahha..ekceli mula2 dulu ramai kwn2 aku invite n ajak bukak Facebook nih.. that  time aku rasa malas n bosan  dah nak main  Sosial Networking nih.. Even time tu aku dah ada akaun Friendster(yg kini jauh sudah aku tinggalkan)..agak nya waktu friendster aku mmg dah cinta maut sama friendster,asyik dok layan friendster je sampai lebam n  sampai ada satu masa tu library kat tmpt aku blajar sekat Friendster kat aksess internet.mmm apa aje xtvt specially gambo mmg aku abis abisan ar letak.fikir2 balik mcm syok sendiri je.hahha..tp aku dh delete semo gambo2 n hanya tinggalkan 2 keping je pic dlm tu..abis blajar 2006, aku dh jarang ambil berat frindster ni..sebulan 2 baru bukak.ah time ni dh ramai kwn2 beralih ke mukabuku.di sbb kan aku perasan sibuk keje n xda benda yg menarik utk dikongsi dgn kwn2 so aku rasa no point aku sign up mukabuku..org ckp leh dpat byk kwn, n the best, kwn2 sek ren,kwn2 lama yg terpisah dpt dijumpai disini.biasa je rasa..cukuplah kwn2 yg skrg ni..best ke ada sampai 200,300,1000 org??
Tapi dasyat gak Facebook ni.budak 9 tahun pun pandai guna.cousin2 aku yg sekolah rendah pun pandai..terkezut gak aku awal2 tu..advance btol budak2 skrg.futuristik ker?adik aku plak gile main game.yg aku xphm lg game tu nak kena bg dia mkn la,bg p sekolah lah,p berkebunlah..aku tya game apa nih, dia ckp game ternak org.game utk buat satu kg,jgn kacau nnt dia mati..adoii hai..klu kita yg besar2 ni ok la gak,tension keje balik main game(weh time aku study aku tension sbb nk kejar high score game,patutlah exam btol aku xscore..huhu)..tapi yg paling xpaham knp ramai bbdk suka letak gambo2 yg ntah apa2.ye la gambo yg mulut muncung + mungil, pastu buat mata terbeliak,ambik gambo dr sisi atas sbb nak cover lubang hidung..hahha..pastu gambo buat2 tido sambil buat muka manja,yg sah2 la ko yg sendiri tangkap.apada..eh akak bukan jeles dik,Cuma xpaham kenapa...
Just nak ingatkan, jaga2 lah n agak2 lah klu nak social networking nih..simpan utk privacy sendiri gak.
Detail diri tu agaklah.tu la sebab senang2 je org meyamar jd anak raja lah,jd artis lah via facebook  nih...baca link ni
tapi rakyat Malaysia ni dikira celik IT yg agak baik dan kita kena guna kesempatan ni kejalan yg betul..penggunaan internet/IT ni ekceli dapat meningkatkan sector komunikasi yg mana sekaligus dpt membantu menigkatkan KDNK Negara.alah mcm bshopping cara berhemah,ianya dpt membantu ekonomi Negara berkembang.hehe..ataupun x mustahil kita leh kluarkan pekerja2 sektor IT yg mahir yg mana lepas ni Malaysia leh jd Negara yg paling maju dlm IT ke..patutlah byk kemudahan n faedah utk melangan internet..skrg ni most of org mesti ada broadband..

 

Friday, November 12, 2010

iNspiRa KawaN LanceR

Alkisah di atas higway Plus dari SP menghala ke Alor Setar, pemanduan dalam kelajuan 90-100km/j, ada sebuah keta maroon potong aku nyer keta.dari blakang xperasan pun keta apa..dah potong pun aku masih lg xtau keta apa.yg aku perasaan awat la keta ni no plat besar ntah apa2.dalam 5sec, kaler putih plak potong.yg ni aku perasaan MONTOT dia tinggi sikit.tengok logo,proton..ohhh inilah INSPIRA..ya dgn enjin model K3-VE,DVVT,cc 1.3, aku pun pecutttt konon nak snap gambo la.pecuttt 130km/j, oh no... laju xpatut inspira tu nun tinggal aku..aku kedet2 masuk line kiri balik..bukan x berani laju,tp sebenarnya aku sayang nak lenjan KoCoD aku nih..hahhaha

off topic = eh awal2 aku dpt KoCoD aku nih,aku siap buat tempoh berpantang lagi,xmaunya aku dok p hentam smpi 100km/j.aku maitain 70-80km/j je kat higway plak tu,mmg makan angin btollah..org kedah ckp keciwi..hahah tp aku tau bbdk QC perodua msti dh awal2 lenjan dulu keta aku nih..tp dlm aku dok berjaga2 tu, tyr pecah,bateri rosak (ada waranty),calar2 body tu biasalah..tp KoCoD aku ni tiptop..interior mmg bersih,exterior tu wokeh tp knp aku nyer spoiler tukar kaler?!..enjin aku jaga gak..lap2 je la.service maintain with per2,tp mahal taik kucing gak..baru2 ni tukar spark plug apa ntah brand.per2 recommend.tp lepas tu aku rs keta aku mcm best je bwk.myk aku perasan  mcm sipp a bit.ke perasaan aku jer..eh tp btol mcm power cikit enjin aku.mau taknya 1 set RM180.yg biasa aku tukar setiap 10,000km(ke 15,000km ntah,xingat) 1 set RM52 jer..shoping bju ker,bli perfume ke tp aku lebih rela utk KoCoD. pejam celik dh 3 thn ngn KoCoD..my first car..i lap u
on topic


eh Inspira tu 2.0 cc kan?giler aku nak ligan dia.sikit2 ada iras Lancer kan..oh ye la kan proton "Bekerjasama" ngan Mitsubishi...mmmm xpaham sgtlah kenapa copy paste mcm lancer.cuma tukar sikit2 lah kot..maknanya xda sgt r&d..or may be develope n sharing..ah pandai2 ja aku..tp ramai gak org suka ngan Inspira ni.of cos Price.nak plak dpat 2.0 cc..mmg berbaloi tu..pesaing sengit untuk HOnda,Toyota n of cos Lancer sendiri...eh Lancer ada kuarkan Hatchback kan..Mcm Nisan Latio gak, ada Hatchback..
        Aku x p tgk lagi lah Inspira ni face to face..tapi aku dah selalu gak dok naik Lancer..aku punyer Leader naik Lancer nih,sometime kita org p lunch ramai2 so ,merasa lah aku nek Lancer.aku rasa Lancer ni DALAM.bkn tengelam, or rendah mcm wira tu.bila aku masuk je dlm keta tu aras bahu aku rendah sikit dari cermin.rasa best lah..enjin senyap,bila time corner aku yg dok blakang ni rasa ok la..
but i'm really don't know much bout performance keta nih..below gambar2 yg suka2 aku edit n paste..




Actually i think not bad gak Ispira ni.ya may be inspired by Lancer, tp haruslah ada yg dperbarui kan.mesti dah ada improvement dr segi brake ke, noise ke,suspension ker whatever lah..tapi people always said that,mmm it not good enough sbb Proton..Just sbb brand Proton, baik beli lancer,Mitshubishi..ah?mcm tu jer thinking..alah Honda city pasang kat thailand,Jazz,inova pasang kat indon je etc..Buatan Jepun tapi manufact di tmpat lain.of cos lah ideologi,management di bwh Jepun, tp x100% jepun okeh..klu nak yg btol2 made in jepun beli CBU.so xpayah lah nak bangga sgt,n no need to kutuk2.proud ngn product sendiri.stylish,stylo,milo pe bwk local car..Do You Have Honda? perhh aritu ada tgk sticker tu kat honda car..berdehemm gak aku..yela ada cita2 nak bli CRV beb..huhuhu..cukup ker duit aku nih.hahha..Tapi proton pun ok what,ada collabrate ngn Mitshubishi utk Inspira nih..Made from n Made In adalah berbeza..so tepuk dada tanya poket..
Lancer 2.0 otr with insur price = RM123,980.00
Inspira 2.0 = RM91,999.00 (xsure with/without insur)
pergh palingjimatTakIngat.. ahah btollah Smart Guys Get It(market target of cos guy)
aku mind to know about car,tyre,minyak akan rujuk this website  info-keta 
dalam ni lah aku servey tayar keta which one yg best,bout minyak enjin n many more2 lah..i'm interested in car okeh..nak2 kaler putih..

NOTA TAMBAHAN : 
 
CKD - Completely Knocked-Down Unit means it comes in parts and are assembled locally
CBU - Completely Built-Up Unit means imported fully assembled
 
p/s : saya budak baru blajar,salah silap harap sory!

Tuesday, November 9, 2010

RumaH MasuK AyaQ

8 Nov, saya ambik leave.Pagi2 kami balik rumah.Nak tengok rumah plus cuci apa yang patut.Ptg kelmarin balik ayaq paras pinggang lagi.budget2 arini surut la sikit.boleh cuci bahagian dapuq,sbb tinggi sikit bhgian tu..Si Da (adik bongsu) sibuk nak ikut la plak,apa yg penting sgt ntah....apa yg penting kerjasama! Sampai kat rumah ayaq tinggi lagi la..takat lutut.surut sikit la dari smlm..alang2 dah balik kami plan nak basuh apa yg boleh..sila rujuk gambar di bawah utk senang faham.
PART 1:

RUANG TAMU.SILA TENGOK DINDING, TINGGI KAN AYAQ NAIK..TU CURTAIN I SUDAH BUNGKUS BW BLIK SP HNTAR DOBI LAH..AKAK DOBI CKP BYK ORG ALOQ STAQ HNTR BAJU SMPI SINI,ADA YG SAMPAI BW LORI, BAJU SATU RUMAH..
HASIL KEJA MY MOM..ITU PINTU DAPUQ MMG XLEH BUKAK.SBB SUDAH KEMBANG..KENA TUNGGU KERING..
SEMUA ALMARI DIPENUHI SELUT.ITU BELUM BAB CUCI LANTAI LAGI..

KANAN : BILIK AKU N ADIK2.ITU TILAM SUDAH ROSAK.MEJA BUKU ITU SUDAH HABIS HAYAT. 
KIRI : BILIK MAK AYAH, BERGUNA BTOL KERUSI BESI ITU.

KANAN: ADA DUA TANGGA UTK NAIK BHGN KE ATAS TU.TAPI NMPAK MCM LANTAI SAMA JA..  
 KIRI :AYAH AMBIK TUGAS BASUH PINGGAN.

 

Sudah lapar..me and Da keluar p cari makan...lallalalalalalalala..on the way p jitra kami tengok (aku je tgk, Da dok diam je blakang keta) jalan sudah ok.alhamdulilah..Sila rujuk Part 2.

PART 2
Gambar semasa dan selepas banjir...nak cari kedai makanan pun agak susah.sebab xsemua bukak lagi.banyak kedai tgk dok cuci.ada kedai buat Flood Sales dekat Pekan Jitra..Kedai Wah Seah depan Maybank..
Da tengah ambik ati la tu..fesyen berkemban kanak2...



Dah siap makan..Petang tu tetiba hujan..view dari tingkap..apa nak buat..Ptg balik Alor setaq, malam plak I'm going back to SP..Ada hikmah jadi semua ni.Tuhan nak ingatkan kita manusia yang terlalai..Rasa mcm susah n sukar bila jd mcm ni..tgk la rumah mcm mana kan..abis semua.tapi fikir2 balik, mesti ada org yg lagi susah..Tuhan Maha Mengetahui..


Nota Kaki: Time banjir cepat sgt perut lapo..Badan mmg tak terkira ah letih,lenguh,. this Friday balik lg kg.call ayah tadi, dia cakap arini ada kawan2 dia kakitangan Bernas, pakat menghulurkan kaki tangan membantu membersihkan rumah..Tq yer..Boleh tak hulurkan Peti Ais sekali, peti ais kitaorng terapung tu..hehhe




Saturday, November 6, 2010

BANJIR OH BANJIR

Yeah ptg kelmarin aku balik gak alor setar..ayah aku ckp xyah lg..tp aku nak blik gak.aku ckp nak rasa susah senang bersama2..hahaha ayat baik punya....dekat SP mengalami heavy rain :-). dari SP aku singgah Fairly beli roti2 n nasi lemak blik kg..msti lapo punyer banjir2 nih..Terkezutt (rosak bahasa btol)
aku tgk pekan rabu  pun naik ayaq..ayah aku tuggu kat stesyen ketapi n ayah dia suruh park keta dekat lorong smpang nk masuk rmh tok aku.kunci keta semo apalagi..rangdok ayaq la nak masuk  rmh tok aku..
Esok paginya 7 Nov.pagi2 rumah tok aku ayaq alhamdulilah dah surut.so aku ayah n mak aku plan nak blik rmh la tgk rumh kami kat kpla btas kot2 dah surut..tipon org kat sana dia org ckp dh surut cikit..tp aku ckp kat ayah aku, msti xsurut lg.xleh cuci rmh lg la.tp ayah aku ckp xpala jom p tgk lg..aku kan nak rasa susah bersama2..heheh..tak aku pun nak gak la tgk rmh aku tu jd mcm na kan..so aku n mak aku naik keta,ayah aku dia naik moto.So dan la aku snap gambo2  tp senget sikit la sbb jd pemandu skali..Alkisah bermulalah crita...

1. Mak aku yg tgh rangdok ayaq kuar dr rmh tok aku mnuju keta


2. Pekan Rabu after ayaq surut..   


3.Ni kat jln langgar.nak balik kpla batas ikut jln Hutan Kg.Ptg Kelmarin ayah ckp jln ni tutup lg.ada jln lencong ikut taman.

4. Ni jln hutan Kg.Perghh dasyat la gak..tepi2 tu sawah..
5.Ada lagi kena redah..Ah itu baju merah Ayah  saya. Apa motif tunjuk gambo vespa?!
6.Ni kem tentera Kpla Btas.Ayaq longkang tepi2 tu dh ok sikit..
7. Ni jln Kpla Batas menuju Jitra..Ye my hometown kat sini yer.
8.Sek Ren Kepala Batas.Proses Pencucian dilakukan
9.Ni jalan nak masuk ke my house.ayaq dh surut.aritu depa ckp bot bomba lalu sini utk bagi bantuan.ikut2 jln ni tutup sbb ayaq naik, tu sbb jln kaler merah.selut tu..
10. Kesian Pesawah.tp padi dah ambik b4 kena banjir..
11. Tu yg hijau Rumah Saya lah..Ujian dari-Nya..ni aku saut ikan gak nih..
12. Tu dia..pakda aku tgh besiang ikan.depa ckp p jala kat depan tu.almaklumlah rumah dpan sawah beb..
13. Tu area rmh aku..tgk dinding paras ayaq.dpn tu sawah..rasa2 tv dok terapung kot..
14. Ayah nak buat SAWaDikaP dah la tu..
15. Akhirnya, i'm coming back to rumah tok.nak cuci apenya rumh ayaq mcm tu lg..Ni kat Kolej Sultan Abd.Hamid.ada construction dkt Stesyen ketapi..
16.Depan tu KFC & Piza Hut.ni ayaq baru surut nih
17.Pakat pungah dok cuci rumah tok la plak.ayaq surut dah..cepat gak la.
18.Tu dia terbongkaq abih brg2 lama.Tok aku la ni dok simpan.hantaq muzium ja ni tok...Tu yg mcm balang besi, ayah aku ckp ni la GANTANG..mana la aku tau menatang benda tu..dgn kapak,iron,tu semo brg2 ak sawah bendang..
Sempat lagi aku meh upload gambo kat blog aku ek..mmmm..suar aku dah bash lencun nih..so aku ngelat kejap hahahha..coming soon will update MyHouse plak..ptg ni balik SP.xjadi nak ambik EL.ayaq xsurut lg.xleh nak cuci rumah kat kg lagi..